Menukar sijil yang rosak
Apabila sijil dirosakkan sewaktu penghantaran kepada calon, Cambridge English Language Assessment akan hanya mengeluarkan salinan duplikat dengan syarat yang berikut:
- Sijil yang asli dikembalikan.
- Bayaran yang berpatutan telah dibayar. Perkhidmatan ini percuma jika permohonan dibuat dalam tempoh enam bulan sijil dikeluarkan oleh Cambridge English.
- Permohonan dibuat kurang dari lima tahun sijil dikeluarkan. Setelah ini, calon hanya boleh memohon penyata pensijilan.
Menukar sijil yang hilang
Apabila sijil hilang di antara pusat dan calon, Cambridge English akan mengeluarkan salinan pendua dengan syarat:
- permohonan bagi sijil ganti dibuat secara bertulis oleh pusat kemasukan dalam tempoh 12 bulan sijil dikeluarkan oleh Cambridge English
- pusat peperiksaan telah berusaha menjejaki sijil melalui sistem pos
- lebih dari enam bulan telah berlalu sejak sijil dihantar daripada Cambridge English kepada pusat.
Kami hanya boleh membekalkan sijil gantian sehingga 12 bulan setelah penghantaran sijil yang asli. Setelah ini, calon hanya boleh memohon penyata pensijilan.
Calon yang telah kehilangan sijil mereka hanya boleh memohon penyata pensijilan; sijil gantian tidak akan dikeluarkan.
Nota: sijil gantian dan penyata pensijilan hanya boleh dikeluarkan atas nama calon pada masa penganuerahan itu diadakan.
Perkhidmatan Pengesahan Keputusan
Calon yang tidak mempunyai sijil mereka dan perlu memberikan bukti keputusan peperiksaan mereka kepada imigresen dan agensi kerajaan yang lain, institusi pendidikan atau majikan haruslah merujuk mereka kepada Perkhidmatan Pengesahan Keputusan dalam talian (dalam Bahasa Inggeris).
Mereka mesti membekalkan mereka dengan dua jenis maklumat:
- Nombor ID mereka (turutan sembilan aksara dan angka)
- Nombor Rahsia mereka (nombor empat angka).
Kedua-dua maklumat ini boleh ditemukan dalam Pengesahan Kemasukan. Ini dihantar kepada calon apabila mereka mendaftar bagi peperiksaan mereka.
Jika seorang calon telah kehilangan Pengesahan Kemasukan mereka, mereka mesti menghubungi pusat peperiksaan mereka.
Tiada bayaran bagi menggunakan Perkhidmatan Pengesahan Keputusan.
Memohon bagi penyata pensijilan
Penyata pensijilan ialah dokumen yang diterima oleh universiti dan institusi yang lain sebagai bukti keputusan peperiksaan. Penyata pensijilan boleh dipohon oleh calon atau oleh pusat kemasukan calon. Penyata pensijilan yang dipohon oleh pihak ketiga mestilah mempunyai kebenaran bertulis daripada calon. Ini boleh dihantar, sama ada secara langsung kepada calon atau kepada mana-mana institusi awam. Kami menerima pembayaran melalui kad kredit (Visa atau Mastercard) dan Maestro, tetapi bukan American Express atau Diners Club.
Anda juga perlu memuat turun dan melengkapkan borang permohonan bagi peperiksaan yang berkenaan di bawah dan menghantarnya dengan bayaran yang sesuai dan bukti identiti, kepada alamat yang berikut:
Cambridge English Language Assessment
Exams Processing (Past Records)
1 Hills Road
Cambridge
CB1 2EU
United Kingdom
Guidelines for Applying for a Certifying Statement (dalam Bahasa Inggeris – PDF 80Kb)
Muat turun borang permohonan penyata pensijilan Teaching Award (dalam Bahasa Inggeris – PDF 592Kb)
Muat turun borang permohonan penyata pensijilan TKT (dalam Bahasa Inggeris – PDF 592Kb)
Muat turun borang permohonan penyata pensijilan Skills for Life (dalam Bahasa Inggeris – PDF 591Kb)
Muat turun borang permohonan penyata pensijilan UODLE (Oxford Delegacy Examinations) (dalam Bahasa Inggeris – PDF 592Kb)