Sebagai peneraju bidang penilaian bahasa, semua peperiksaan kami direka khususnya supaya ianya adil bagi semua calon ujian tanpa mengira usia, jantina, kerakyatan, bahasa ibunda, budaya atau bangsa. Mutu dan keadilan adalah teras segala usaha kami:
- Kesahihan - setakat mana markah peperiksaan boleh dianggap sebagai gambaran sebenar kebolehan seseorang.
- Kebolehpercayaan - setakat mana keputusan ujian adalah selaras, tepat dan oleh itu boleh diyakini.
- Kesan - pengaruh positif sesuatu ujian terhadap calon dan pengguna lain, termasuklah masyarakat secara keseluruhannya.
- Kegunaan - setakat mana sesuatu ujian itu berguna dari segi sumber yang diperlukan.
- Kualiti - ini maksudnya kesahihan, kebolehpercayaan, kesan dan kegunaan.
Untuk menjamin kualiti dan keadilan, kami perlu mengukur prestasi ujian dengan tepat dan membandingkannya dengan pemikiran terkini dalam bidang penilaian bahasa. Kedua-duanya memerlukan penyelidikan secara meluas.
Kualiti dipantau secara ketat pada setiap aspek proses peperiksaan, dan Kumpulan Penyelidikan dan Pengesahan kami bekerja rapat dengan Kumpulan Penilaian dan Operasi pada peringkat merangka, membina, menjalankan, menilai dan memproses keputusan ujian, serta menyemak dan menilai peperiksaan.
Ketahui lebih lanjut (dalam Bahasa Inggeris)