Kelayakan C1 Business Higher menunjukkan kepada majikan bahawa anda memiliki semangat dan motivasi untuk mencapai tahap Business English yang tinggi, dan bahawa anda boleh menggunakan kemahiran anda untuk berurusan dengan berkesan dalam suasana perniagaan.
C1 Business Higher bertahap C1 pada Common European Framework of Reference for Languages (CEFR). Inilah tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang diperlukan dalam suasana profesional dan akademik yang mencabar, dan menunjukkan kepada majikan bahawa anda boleh:
- berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat pengurusan dan profesional
- menyertai dengan yakinnya mesyuarat dan pembentangan di tempat kerja
- meluahkan perasaan anda dengan tahap kefasihan bahasa yang tinggi
- bertindak balas dengan sewajarnya dalam suasana kebudayaan dan sosial yang berbeza.
Jika anda belum lagi melangkah masuk ke alam pekerjaan, kelayakan ini juga boleh digunakan untuk menunjukkan kepada universiti dan kolej bahawa anda boleh:
- mempelajari mata pelajaran yang berkaitan dengan perniagaan pada peringkat universiti
- menjalankan penyelidikan yang kompleks dan mencabar.
Kandungan C1 Business Higher mencerminkan urusan pekerjaan dan perniagaan harian. Sambil membuat persediaan menghadapi peperiksaan ini, anda memperoleh kemahiran yang akan dihargai oleh majikan.
Membuktikan tentang kemahiran Business English anda boleh membuka jalan kepada peluang kerjaya dengan majikan baru, dengan itu menolong anda mendapat kenaikan pangkat atau memajukan kerjaya.
Majikan menghargai dan bergantung pada C1 Business Higher kerana kelayakan ini menguji keempat-empat kemahiran bahasa (membaca, menulis, mendengar dan bertutur) dengan rapi dalam konteks perniagaan.
- Penyelidikan dan analisis yang terperinci memastikan bahawa semua peperiksaan kami tepat, berkaitan dan adil bagi sesiapa yang mendudukinya.
- Peperiksaan kami dihasilkan dengan menggunakan sistem dan proses yang menepati piawaian pengurusan kualiti ISO 9001:2008 yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
- Peperiksaan Cambridge English boleh diambil oleh sesiapa yang mempunyai banyak jenis keperluan khas, seperti pembelajaran khusus, kesukaran pendengaran atau visual. Ketahui lebih lanjut mengenai keperluan khas (dalam Bahasa Inggeris).
Anda mempunyai banyak kefleksibelan dengan C1 Business Higher. Anda boleh memilih dari:
- banyak pusat di peringkat antarabangsa - cari pusat anda yang terdekat
- beberapa tarikh peperiksaan mengikut kesesuaian anda – lihat senarai tarikh peperiksaan
- verisi peperiksan berasaskan kertas atau berasaskan komputer.
Jika anda perlu menempah peperiksaan dengan cepat, tempoh pendaftaran bagi peperiksaan berasaskan komputer lebih singkat dan terdapat lebih banyak tarikh peperiksaan sepanjang tahun.