B2 Business Vantage adalah kelayakan Business English tahap pertengahan tinggi. Kelayakan ini membuktikan kepada majikan bahawa anda bersedia mencapai kejayaan pada peringkat antarabangsa.
B2 Business Vantage bertahap B2 pada Common European Framework of Reference for Languages (CEFR). Ini ialah tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang diperlukan dalam suasana profesional dan akademik pada tahap pertengahan. Pencapaian tahap ini menunjukkan kepada majikan bahawa anda boleh:
- menulis surat menyurat perniagaan, laporan atau cadangan yang pendek
- membaca petikan daripada terbitan perniagaan
- mendengar, memahami dan menyumbang kepada perbincangan semasa mesyuarat.
Kandungan B2 Business Vantage mencerminkan urusan pekerjaan dan perniagaan sehari-hari. Sambil membuat persediaan menghadapi peperiksaan ini, anda memperoleh kemahiran yang akan dihargai oleh majikan.
Kelayakan Business English anda boleh membuka jalan kepada peluang kerjaya dengan majikan baru atau menolong anda mendapat kenaikan pangkat atau memajukan kerjaya.
Majikan menghargai dan bergantung pada B2 Business Vantage kerana kelayakan ini menguji keempat-empat kemahiran bahasa (membaca, menulis, mendengar dan bertutur) dengan rapi dalam konteks perniagaan.
- Penyelidikan dan analisis yang terperinci memastikan bahawa semua peperiksaan kami tepat, berkaitan dan adil bagi orang yang mendudukinya.
- Peperiksaan kami dihasilkan dengan menggunakan sistem dan proses yang menepati piawaian pengurusan kualiti ISO 9001:2008 yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
- Peperiksaan Cambridge English boleh diambil oleh sesiapa yang mempunyai banyak jenis keperluan khas, seperti pembelajaran khusus, kesukaran pendengaran atau visual. Ketahui lebih lanjut mengenai keperluan khas (dalam Bahasa Inggeris).
Anda mempunyai banyak kefleksibelan dengan B2 Business Vantage. Anda boleh memilih dari:
- banyak pusat di peringkat antarabangsa - cari pusat anda yang terdekat
- beberapa tarikh peperiksaan mengikut kesesuaian anda – lihat senarai tarikh peperiksaan
- versi peperiksaan yang berasaskan kertas atau komputer.
Jika anda perlu menempah peperiksaan dengan cepat, tempoh pendaftaran bagi peperiksaan berasaskan komputer lebih singkat dan terdapat lebih banyak tarikh peperiksaan sepanjang tahun.