A2 Flyers adalah ujian yang ditujukan kepada kanak-kanak di peringkat pendidikan rendah dan menengah rendah, serta direka untuk memberi mereka keyakinan diri untuk mempertingkatkan Bahasa Inggeris mereka dengan lebih jauh.
A2 Flyers adalah ujian yang tertinggi daripada tiga ujian Cambridge English: Young Learners. Setelah kanak-kanak mengambil A2 Flyers, mereka boleh mula menyasarkan untuk ujian seterusnya:
Peperiksaan ini membawa kepada pensijilan yang diterima di peringkat antarabangsa bagi tujuan pelajaran dan pekerjaan.
A2 Flyers adalah direka untuk memberikan semangat kepada kanak-kanak dan memberikan mereka sepenuh keyakinan untuk menggunakan Bahasa Inggeris. Ujian ini:
- adalah berasaskan topik-topik dan situasi yang biasa
- memupuk kemahiran yang kanak-kanak perlukan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
Semakin baik kanak-kanak membina keyakinan diri, semakin mereka bersemangat untuk mempelajari lebih banyak Bahasa Inggeris dan menggunakannya pada peringkat yang lebih mencabar.
Apakah tahap A2 Flyers?
Ujian A2 Flyers berada pada Tahap A2 pada Common European Framework of Reference for Languages (CEFR). Pada tahap ini kanak-kanak boleh:
- memahami Bahasa Inggeris bertulis yang mudah
- berkomunikasi dalam situasi yang biasa
- memahami notis pendek dan arahan lisan yang mudah
- memahami dan menggunakan frasa dan ekspresi yang mudah
- memperkenalkan diri mereka sendiri dan menjawab soalan asas tentang butiran peribadi mereka
- berinteraksi dengan penutur Bahasa Inggeris yang bercakap dengan perlahan dan jelas
- menulis nota yang pendek dan ringkas
Ujian ini meliputi kesemua empat kemahiran bahasa – mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Dengan A2 Flyers, kanak-kanak terus membina kemahiran Bahasa Inggeris yang praktikal dan nyata yang akan membantu mereka:
- menggunakan internet dan media yang lain dalam Bahasa Inggeris
- menikmati buku, lagu-lagu, televisyen dan filem dalam Bahasa Inggeris
- berkawan di seluruh dunia
- menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan antarabangsa
- bersiap-sedia untuk berjaya dalam pelajaran dan kerjaya di masa hadapan
Dengan A2 Flyers, tiada lulus atau gagal. Semua kanak-kanak mendapat pengiktirafan Cambridge English, yang meraikan pencapaian, membina keyakinan diridan memberi ganjaran kepada mereka bagi mengembangkan kemahiran berkomunikasi
Pnegiktirafan ini menunjukkan berapa banyak perisai yang telah diterima oleh seorang kanak-kanak. Jika mereka telah mendapat 10 atau 11 perisai dan lebih, mereka seharusnya sudah bersedia untuk memulakan persiapan bagi:
A2 Key for Schools
atau B1 Preliminary for Schools
Dihormati di peringkat antarabangsa, A2 Flyers:
- menyediakan ujian yang paling boleh dipercayai yang dapat menilai tahap kemahiran bahasa seorang kanak-kanak
- meliputi semua jenis Bahasa Inggeris utama (cth. Inggeris British, Inggeris Amerika)
- direka adil kepada pengguna dari semua negara dan latarbelakang linguistik
- adalah disokong oleh program penyelidikan yang terbesar dari jenisnya
- boleh diambil oleh kanak-kanak yang mempunyai pelbagai keperluan khas. Ketahui lebih lanjut mengenai keperluan khas (dalam Bahasa Inggeris).
Untuk membantu kanak-kanak mempertingkatkan Bahasa Inggeris mereka dan bersedia untuk ujian mereka, kami mempunyai pelbagai jenis produk dan perkhidmatan sokongan.
Ketahui lebih lanjut mengenai sokongan yang tersedia