B1 Preliminary for Schools adalah suatu kelayakan tahap pertengahan yang menunjukkan bahawa seseorang pelajar itu mampu menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris untuk kegunaan seharian.
Bersiap sedia sebelum menghadapi peperiksaan ini dapat membantu pelajar memperoleh kemahiran untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan:
- berurusan tentang peristiwa harian
- membaca buku teks mudah atau artikel majalah
- menulis surat mengenai subjek yang biasa
- menulis nota semasa mengikuti pelajaran.
Apakah tahap B1 Preliminary for Schools?
B1 Preliminary for Schools bertahap B1 pada Common European Framework of Reference for Languages (CEFR). Pelajar yang berjaya mencapai tahap ini boleh:
- memahami perkara utamayang mempunyai arahan jelas dan mudah atau pengumuman awam
- berinteraksi dalam situasi seharian apabila dia berada diluar
- bertanya soalan yang ringkas dan melayan perbualan berfakta dengan kawan-kawan dan ahli keluarga, serta di sekolah
- menulis surat atau menulis nota tentang hal-hal yang biasa.
B1 Preliminary for Schools adalah suatu versi B1 Preliminary yang khususnya disasarkan pada minat dan pengalaman murid-murid sekolah. Tahapnya sama dengan B1 Preliminary dan mengikuti format yang sama.
B1 Preliminary for Schools adalah berdasarkan pada tajuk dan situasi yang sudah dikenali, maka ia:
- menepati minat pelajar
- menambahkan motivasi untuk mempelajari Bahasa Inggeris
- memberi mereka keyakinan menggunakan kemahiran bahasa Inggeris untuk beralih kepada kelayakan selanjutnya.
Terdapat beberapa pilihan untuk mengambil peperiksaan B1 Preliminary for Schools disediakan.
Pilih daripada:
- banyak pusat peperiksaan di peringkat antarabangsa - cari pusat peperiksaan anda yang terdekat
- tarikh peperiksaan mengikut kesesuaian pelajar – lihat senarai tarikh peperiksaan
- beberapa bentuk peperiksaan – melalui komputer atau di atas kertas.
B1 Preliminary for Schools adalah ujian yang dihormati dan diterima di peringkat antarabangsa. Peperiksaan ini:
- menyediakan ujian yang paling boleh dipercayai untuk penilaian tentang kemahiran berbahasa Inggeris seseorang pelajar
- meliputi semua jenis Bahasa Inggeris utama (cth. Inggeris British, Inggeris Amerika)
- direka adil kepada pengguna dari semua negara dan latarbelakang linguistik
- yang disokong oleh program penyelidikan yang terbesar dari jenisnya
- boleh diambil oleh pelajar dengan pelbagai jenis keperluan khas. Ketahui lebih lanjut mengenai keperluan khas (dalam Bahasa Inggeris).
Pelajar yang berjaya mendapat kelayakan B1 Preliminary for Schools akan menerima sijil yang diterima pada peringkat antarabangsa yang sama seperti calon yang menduduki B1 Preliminary.
Setelah pelajar mempunyai sijil Cambridge English, mereka mempunyai salah satu kelayakan Bahasa Inggeris yang paling bernilai di dunia. Ia merupakan pencapaian yang boleh dibanggakan.
Kelayakan kami diterima oleh kolej, universiti, majikan dan kerajaan di seluruh dunia.
Ketahui lebih lanjut tentang institusi yang menerima B1 Preliminary for Schools