Setiap aktiviti akan membantu kanak-kanak berlatih menggunakan sekurang-kurangnya satu kemahiran yang kami uji dalam ujian Cambridge English: Young Learners - iaitu ujian membaca dan menulis, mendengar atau bertutur. Aktiviti ini juga merangkumi perkataan yang diambil daripada senarai kata yang digunakan untuk menghasilkan peperiksaan ini.
Aktivitinya dibahagikan kepada beberapa tahap yang diambil daripada Common European Framework of Reference for Languages (CEFR). Apabila kanak-kanak bergerak melalui setiap tahap bahagian ini, aktivitinya mula bertambah susah.
Jika anda kurang pasti tentang tahap anak anda, mungkin suatuidea yang baik untuk dia bermula dengan aktiviti tahap pra-A1. Jika aktiviti ini terlalu mudah baginya, dia bolehlah melompat kepada aktiviti tahap A1 dan/atau aktiviti tahap A2.
Aktiviti-aktiviti ini direka untuk kegunaan pada komputer meja atau tablet.