ICELT adalah ideal jika anda telahpun mengajar Bahasa Inggeris, sebagai contoh:
- mengajar orang dewasa atau pelajar muda dalam sektor swasta
- mengajar pelajar universiti
- mengajar pelajar sekolah rendah atau menengah.
Kelayakan ini boleh membantu anda untuk:
- mendalami pengetahuan anda
- membangunkan kemahiran anda untuk memperlihatkan dan mempertingkatkan pengajaran anda.
ICELT adalah kursus fleksibel yang sesuai untuk banyak jenis guru yang berbeza. Ini adalah beberapa contoh:
- Anda mungkin mengajar Bahasa Inggeris dan ingin mengembangkan pengetahuan dan kemahiran anda.
- Anda mungkin telah mengajar bahasa Inggeris selama beberapa tahun, dan telah mula mengajar Bahasa Inggeris tanpa sebarang latihan perguruan Bahasa Inggeris sebelumnya.
- Anda mungkin kembali mengajar bahasa setelah beberapa ketika dan ingin memeriksa kembali dan mengembangkan kemahiran Bahasa Inggeris anda.
- Anda mungkin mengajar orang dewasa di institusi swasta. Anda dilatih untuk mengajar pada peringkat menengah tetapi itu sudah bertahun-tahun yang lalu.
- Anda mungkin telah menyempurnakan kursus latihan perguruan pra-perkhidmatan bagi guru-guru menengah dalam tempoh 12 bulan lepas.
- Anda sekarang bekerja di sekolah menengah dan juga bekerja di institusi swasta yang mengajar orang dewasa.
- Anda mungkin telah dilatih untuk mengajar Bahasa Inggeris, tetapi latihan ini tidak merangkumi komponen latihan mengajar yang dinilai secara formal.
ICELT memberikan anda pandangan dalam prinsip-prinsip pengajaran yang efektif, dan pelbagai kemahiran praktikal untuk mengajar Bahasa Inggeris. Anda akan:
- mendapat amali pengajaran secara langsung
- memerhatikan guru-guru berpengalaman di dalam kelas
- menyempurnakan tugasan bertulis dan tugasan bahasa.
Ketika mengambil kelayakan ICELT anda, anda selalunya akan dinilaikan apabila mengajar kelas anda sendiri, di mana anda akan berasa paling selesa dan yakin.
Kursus ICELT selalunya ditawarkan secara sambilan dan boleh mengambil masa dari beberapa bulan hingga lebih daripada setahun. Kursus boleh dijalankan sama ada secara bersemuka sepenuhnya atau dengan kombinasi bersemuka dengan sokongan pelajaran jarak jauh. Kombinasi jam perhubungan ditambah dengan sokongan pelajaran jarak jauh mestilah sekurang-kurangnya 120 jam.
Oleh kerana sijil ini dianugerahkan oleh Cambridge English, sebahagian dari University of Cambridge, sijil ICELT anda akan dihormati sebagai kelayakan mengajar berkualiti tinggi.