Dengan kerjasama QS, kami mempersembahkan gambaran keseluruhan global kemahiran Bahasa Inggeris di tempat kerja yang pertama. Penemuan kami adalah berdasarkan data dari lebih 5,300 majikan di 38 buah negara/wilayah, beserta pemahaman dari pakar Cambridge English.
Kaji selidik English at Work kami menunjukkan kepentingan global Bahasa Inggeris, dengan lebih dua pertiga dari para majikan mengatakan bahawa Bahasa Inggeris adalah penting bagi perniagaan mereka. Analisa maklumbalas daripada para majikan ini menunjukkan:
- dalam setiap industri, terdapat jurang di antara kemahiran Bahasa Inggeris yang diperlukan di tempat kerja dan kemahiran Bahasa Inggeris yang dimiliki oleh para pekerja
- sekitar separuh dari semua majikan menawarkan pakej permulaan yang lebih baik kepada para calon yang mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris yang baik, yang juga membawa kepada kemajuan merentasi gred pekerjaan yang lebih pantas dan peningkatan gaji yang lebih tinggi (di negara dan wilayah di mana Bahasa Inggeris bukan merupakan bahasa rasmi).